Ketua jurulatih Universiti Malaya (UM)-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, merancang untuk merombak semula kesebelasan utama menjelang pertemuan menentang Imigresen II dalam saingan Liga A1 Semi-Pro
Ia susulan prestasi pemain yang sedikit goyah ketika perlawanan bertemu Bunga Raya dan dianggap lebih sesuai diturunkan pada pertengahan aksi menuju ke tiupan wisel penamat.
Keampuhan trio serangan, Anuar Ceesay, Syafizi Iqmal dan Michael Oghwiche, terus ditagih selain perlu mengisi kekosongan posisi pertahanan tengah milik Zainul Arifin yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL).
"Berkemungkinan pertukaran pemain bakal berlaku. Ada pemain yang tidak dikekalkan daripada aksi terdahulu.
"Saya harus menilai semula persembahan setiap pemain," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Selaku penjaring terbanyak buat pasukan ketika ini, Michael berharap dia mampu mengekalkan momentum tersebut untuk membantu pasukan mendapatkan keputusan positif dalam aksi bertemu skuad lamanya.
"Kami perlu menang untuk terus mengejar kedudukan puncak liga.
"Bermain bertemu bekas pasukan, ia akan menjadi sukar, namun kami sedang melakukan persiapan dan mahukan kemenangan.
"Saya juga berazam untuk terus membantu pasukan dengan menjadi penjaring," katanya.
Gear Up Sekarang

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya
Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.
Gear Up Sekarang