Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: UM-Damansara mahu perbaharui kedudukan liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umd.jpg
Ketua jurulatih Universiti Malaya (UM)-Damansara United, Ridzuan Abu Shah, mengingatkan pasukannya agar berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Imigresen II menjelang perlawanan minggu kesembilan saingan amatur Liga A1 Semi-Pro, esok.

Ujar Ridzuan, Imigresen II memiliki barisan pemain berkualiti terutamanya di bahagian serangan diketuai penyerang import, Sayid Khamis, yang sudah mencetak enam gol setakat ini.

Ridzuan bagaimanapun percaya, anak buahnya sudah siap sedia bagi menghadapi skuad kendalian Azlan Ahmad itu dalam usaha memburu kemenangan kelima musim ini.




"Imigresen II musim ini menawarkan perbezaan ketara dengan beberapa pemain baru bergabung dengan tonggak yang masih kekal.

"Itu yang kami lihat sebagai pasukan yang kuat.

"Sasaran kami untuk menewaskan mereka demi mendapatkan mata.

"Saya mengharapkan cuaca baik pada hari perlawanan," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video