Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Tonggak import baru Imigresen II tak sabar hadapi Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

said-khamis.jpg
Imigresen II yang masih tercari-cari tiga mata pertama Liga A1 Semi-Pro menaruh harapan kepada import baru yang merupakan penyerang dari Tanzania, Said Khamis.

Kali pertama diturunkan ketika menentang Armed Forces dan berakhir dengan kekalahan, ketika itu Said baru sahaja sampai ke Malaysia dan masih cuba mengenali tempo permainan saingan. 

Apa pun perlawanan menentang Kedah Darul Aman, petang Sabtu ini, akan menjadi pentas kebangkitannya.

"Daripada segi bola sepak, ia bagus tapi tidak buat kami memandangkan kami gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama. 

"Saya belum dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sini tetapi saya mengharapkan persembahan yang lebih baik selepas ini," katanya. 

Sementara itu, Said positif dengan proses membentuk keserasian bersama rakan sepasukan sambil berharap lebih banyak jaringan dapat dihasilkan, sekali gus meletak Imigresen II di kedudukan terbaik.

"Saya telah mengadakan dua perlawanan ujian. Daripada situ kami sempat mencari keserasian," katanya lagi.  
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video