Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Tinggi sahaja tapi tidak berguna -- Irfan Bakti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

a1.jpg
Selangor II memperbaharui kedudukan selepas meraih kemenangan ketiga dalam perlawanan amatur Liga A1 Semi-Pro di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, sebentar tadi. 

Hadir selaku pilihan, skuad kendalian Christophe Gamel itu menepati ramalan dengan menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) 2-1 menerusi jaringan bintang Harimau Muda, Abdul Rahman Daud, dan Moses Raj. 

Meskipun sempat menyamakan kedudukan, pelawat ditimpa malang berganda apabila terpaksa bermain 10 orang ekoran dilayangkan kad merah kerana terjahan keras terhadap pemain Gergasi Merah. 

Berbeza dengan KRW, kelab itu menduduki tangga kedua tercorot liga dan mengumpul dua mata selepas empat aksi. 

Jelas ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, anak buahnya perlu lebih banyak mempelajari daripada kesilapan dan segera mengubah corak permainan sekiranya mahu terus bersaing. 

"Peluang kami hadir ketika kami bermain 10 orang. 

"Separuh masa pertama tidak menggambarkan cara kami bermain.




"Mereka (Selangor II) hanya berjaya memperoleh gol menerusi situasi bola mati.

"Sepatutnya pertahanan saya kena mengawasi lebih ketat tetapi dia sekadar memiliki ketinggian, namun tidak berguna," katanya.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video