Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Shahidan Kassim sedia bantu naikkan Perlis GSA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan-kassim.jpg
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, bersedia untuk membantu Perlis GSA bagi mengharungi Liga A1 Semi-Pro sekiranya khidmatnya diperlukan.

Ujarnya, Perlis GSA merupakan kelab yang membawa nama negeri itu dan sewajarnya mendapat sokongan sebaik mungkin daripada segenap aspek demi memastikan Sang Singa Utara kembali mengaum dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M). 

"Saya akan bantu apa yang boleh dibantu. 




"Mungkin suara saya boleh tarik penaja-penaja lain. 

"Kami perlu pastikan kebajikan mereka dijaga, kalau menang atau seri dalam setiap perlawanan (maka) kami kena bagi bonus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.
 

Advertisement

Must Watch Video