SEOUL PHOENIX 2 KDA 0
Seoul Phoenix pulang dengan mata penuh selepas menewaskan pasukan di tangga tiga tercorot Liga A1 Semi-Pro, Kedah Darul Aman (KDA), 2-0 di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, petang tadi.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan mencuba mendapatkan gol pendahuluan dalam separuh masa pertama.
Bagaimanapun, kapten Seoul Phoenix, Choi Chan-yang, berhasil meletakkan pasukannya di depan di penghujung separuh masa pertama.
Chan-yangmenambah jaringan pada minit ke-58 permainan hasil gelecekkan cantik dan rembatan ke bahagian kanan gawang gol KDA, sekali gus memberikan keselesaan buat Seoul Phoenix hingga wisel penamat.
Kejayaan anak buahnya mengadaptasi taktikal serangan mengikut apa yang diarahkan mendapat pujian ketua jurulatih kelab dari Korea Selatan itu, Lee Sang-jin, dan dia berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan.
"Kami melancarkan banyak serangan dan ia memberikan ruang buat pertahanan.
"Kami cuba mencipta permainan.
"Kami hanya fokus kepada corak permainan sendiri dan cuba meneruskan rentak seperti ini hingga tamat saingan," katanya.
Gagal menoktahkan rentak kekalahan kelima selepas enam perlawanan itu seperti yang diinginkan, ketua jurulatih KDA, Azzmi Ab Aziz, mengakui majoriti anak buahnya masih cetek pengalaman.
"Kami mahu dapatkan keputusan positif selepas empat perlawanan.
"Pasukan ini sangat muda, majoriti terdiri daripada pemain B-23.
"Sedar hakikat itu agak sukar tetapi kami terus positif.
"Ini proses untuk mereka timba pengalaman untuk menjadi pemain yang lebih baik," katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang