Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Seoul Phoenix perangkap Manjung City lambat panas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ketua-jurulatih-seoul-phoenix,-sang-jin-lee,.jpg
Seoul Phoenix memperoleh kemenangan kedua Liga A1 Semi-Pro 2025/ 2026 dengan menewaskan Manjung City 1-0 dalam aksi yang berlangsung rancak di Stadium Majlis Perbandaran Sepang (MPS), hari ini. 

Saingan babak pertama berlangsung seimbang, namun kelebihan memihak kepada pasukan dari Korea Selatan itu apabila berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi Youngju Song pada minit ke-22. 

Ketua jurulatih Seoul Phoenix, Sang-jin Lee, memuji disiplin pemainnya yang beraksi cemerlang sepanjang 90 minit permainan.

Meskipun diasak hebat, kekebalan bahagian pertahanan berjaya menafikan siri percubaan merbahaya kelab dari Perak itu.

"Pemain agak kepenatan di penghujung permainan, Manjung pula menambat rentak menyerang jadi yang mendorong kami lebih banyak bertahan," katanya. 




Sementara itu, ketua jurulatih Manjung City, Ahmad Fairuz Yunus, pula menganggap kekalahan pertama pasukannya adalah sebagai kurang bernasib baik. 

Meskipun perubahan taktikal telah dilakukan pada babak kedua, namun ia masih gagal menjelmakan gol penyamaan.

"Kami agak lambat sesuaikan diri jadi kami terpaksa menggandakan usaha. 

"Kami mendominasi dalam separuh masa kedua dengan serangan dari kiri dan kanan. 

"Kami mengharapkan sekurang-kurangnya satu mata di tempat laman. 

"Apa pun, pujian buat pemain yang telah cuba sedaya upaya," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video