Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Seoul Phoenix mahu aksi Machan jadi titik tolak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seoul-phoenix.jpg
Seoul Phoenix giat membuat persiapan menjelang pertemuan menentang pasukan tercorot liga, Machan, pada Jumaat ini. 

Walaupun Machan fc terpesorok di tangga tercorot Liga A1 Semi-Pro, ketua jurulatihnya, Lee Sang-jin, menegaskan pasukannya tidak akan mengambil mudah perlawanan tersebut berikutan sekadar berhasil mencetak tiga kemenangan selepas 10 aksi. 

"Pasukan kami pada masa ini tidak mencatat keputusan yang baik. 

"Bagaimanapun, proses menjaringkan gol dan corak permainan kami makin baik. Jadi kami percaya bahawa dalam perlawanan seterusnya.

"Jika kami terus melakukannya, corak serangan kami, proses tersebut akan menjadi lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih baik," katanya. 

Ketika musim memasuki pertengahan aksi liga, kelab Korea Selatan itu turut mengalami beberapa perubahan dengan beberapa pemain dikeluarkan dan muka baru pula dibawa masuk bagi memperkuatkan skuad sedia ada. 

Pasukan kami telah mengalami pelbagai perubahan pemain baru-baru ini seperti di barisan pertahanan dan serangan. 

"Terdapat pemain yang keluar dan pemain yang datang. Jadi, terdapat banyak perubahan dalam pemain. 

"Ia adalah proses yang sangat sukar untuk membentuk sebuah pasukan berulang kali kerana kemunculan pemain baru. 

"Tetapi kami percaya bahawa kemudian hari akan ada lebih ramai pemain yang boleh mengisi posisi mereka sendiri dan pasukan menjadi lebih stabil. 

"Kami percaya bahawa ia akan menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video