Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Seoul Phoenix jemput bintang K-Pop meriahkan suasana

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

k-pop-bada.jpg
Perlawanan Liga A1 Semi-Pro di antara Seoul Phoenix dan Manjung City semalam menampilkan keunikkan buat peminat tempatan. 

Pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Sepang itu diserikan dengan persembahan 15 minit yang memukau dari penyanyi Korea Selatan yang popular dengan julukan Bada.

Artis itu turut melahirkan keterujaannya berada di Malaysia dalam suasana harmoni dengan orang yang berbudi bahasa.

Bada juga berharap Seoul Phoenix dapat memperaga aksi terbaik sepanjang saingan Liga A1 Semi-Pro tahun ini.

"Ini kunjungan pertama saya ke mari. 

"Saya suka Malaysia dan ini kali pertama saya ke mari walaupun agak panas di sini. 

"Saya datang semata-mata untuk berikan sokongan untuk Seoul Phoenix persembahan komuniti di sini. 

"Selamat maju jaya buat Seoul Phoenix," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video