Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Seoul Phoenix jalani persiapan rapi hadapi Selangor II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seoul-phoenix,-choi-chan-yang.jpg
Ketua pasukan Seoul Phoenix, Choi Chan Yang, menganggap mereka kini dalam fasa yang lebih matang sesudah sembilan perlawanan dalam Liga A1 Semi-Pro musim ini. 

Kelab dari Korea Selatan itu semakin menyesuaikan diri dengan rentak Liga Malaysia (Liga-M), dan mereka mendambakan prestasi yang lebih cemerlang musim ini.

"Keghairahan bola sepak di Malaysia tinggi. 

"Ada kejutan selain pasukan di sini mempunyai ketangkasan, kepantasan.




"Jadi kami perlu mengimbanginya," katanya. 

Mereka bakal melayani kunjungan Selangor II di Stadium Perbandaran Sepang, petang esok, lantas Chan Yang merasakan ia adalah peluang terbaik untuk Seoul Phoenix membuktikan sesuatu, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kelab yang berada di puncak liga.

"Kami mahu ke peringkat seterusnya. 

"Kami mahu Liga Super biarpun ia akan mengambil masa. 

"Saya berharap terus tingkat mutu permainan dalam perlawanan seterusnya. 

"Selangor II sebuah pasukan yang hampir sempurna, baik daripada segi individu dan sebuah pasukan. 

"Jadi kami perlukan persiapan rapi. 

"Apa sahaja boleh berlaku dan kalau tuah menyebelahi, kami boleh menang," katanya.  
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video