Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Selangor II bantai Sang Kenari, Armed Forces benam Seoul Phoenix

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afl.jpg
Selangor II mencipta kenduri gol menewaskan Kedah Darul Aman  (KDA) 6-0 dalam perlawanan minggu kelima, Liga A1 Semi-Pro 2025/26 di Stadium Mini MPKP, Jitra, hari ini.

The Red Giants yang mendominasi perlawanan membuka tirai jaringan seawal minit ke-16 menerusi Fakhri Azri pada minit ke-16 sebelum Nabil Qayyum menggandakan jaringan selang dua minit kemudian untuk mendahului pasukan tuan rumah 2-0.

Jaringan Abdul Rahman Daud pada minit ke-45 menutup babak pertama untuk anak buah Christophe Gamel selesa dengan kelebihan 3 jaringan.






Masuk separuh masa kedua menyaksikan Nabil sekali lagi meledak untuk menewaskan Wan Syazmin, sebelum skuad kendalian Azzmi Aziz terpaksa akur dengan dua gol lagi daripada Zamirul Hakim dan Zharif Zaini untuk menutup malam kemenangan 6-0 buat Selangor II.

Keputusan itu memacu Selangor untuk berada di tangga keenam dalam saingan liga dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan dengan dua kemenangan dan satu kali seri.

Dalam pada itu, satu lagi pertemuan menyaksikan Armed Forces mengekalkan momentum kemenangan untuk berada di puncak liga selepas lima perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Skuad kendalian Kevin Cooper melakar kemenangan 3-1 menewaskan pasukan dari Korea, Seoul Phoenix di Stadium Mindef, Kuala Lumpur.

Advertisement

Must Watch Video