Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Saifuddin pacu kebangkitan Manjung City ikat Perlis GSA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mann.jpg
Saifuddin Annuar menjadi watak penting kebangkitan Manjung City apabila dua jaringannya berjaya mengelak daripada dimalukan Perlis GSA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Skuad kendalian Ahmad Fairuz Mohd Yunus itu buntu dalam mencari kemenangan musim ini apabila masih terperosok di kelompok bawahan liga.





Namun, pasukan pelawat yang berada di kelompok pertengahan membuka tirai menerusi jaringan Hazwan Hassan pada minit ketujuh menerusi tandukan berpunca daripada balingan bola ke dalam.

The Guaryzen Fighters meneruskan asakan dan hasilnya cukup setengah jam pertama dengan giliran Haziq Haikal mencetak nama selaku penjaring dan keputusan 2-0 kekal menuju rehat babak pertama.

Begitupun, percaturan dalam babak kedua tampak lebih tersusun dengan buat pasukan tuan rumah apabila Saifuddin merapatkan jurang hasil hantaran lintang Syamim Baharuddin.






Tidak terhenti di situ, Saifuddin sekali lagi menjadi wira The Ocean Rage dengan tandukannya memastikan tuan rumah mengutip satu mata berharga untuk kini berada di tangga ke-14.
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video