Tampil dengan kudrat 100 peratus pemain tempatan untuk mengibarkan cabaran dalam Liga A1 Semi-Pro, Perlis GSA nyata tidak gentar untuk berdepan cabaran Kedah FA yang dibarisi rata-rata pemain berpengalaman, di tambah pula dengan kehadiran tiga tonggak import.
Meskipun terpaksa mengharungi baki 55 minit perlawanan dengan 10 orang pemain, juara Liga A2 musim lalu itu berjaya memastikan mereka meraih satu mata berharga di laman sendiri, malam tadi.
"Saya bangga dengan pemain, kami telah bermain dengan sehabis baik.
"Wwalaupun tiada pemain import, pemain berhempas pulas dalam poerlawanan ini.
"Walaupun tinggal sembilan pemain, kami harus beri yang terbaik.
"Kami akan cari pengganti dan mahukan kemenangan dalam perlawanan seterusnya," kata pengurus Perlis GSA, Amar Rohidan.
Sementara itu di kem pelawat, ketua jurulatih, Victor Andrag, menganggap nasib tidak menyebelahi pasukannya selepas gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang yang diraih sepanjang 90 minit perlawanan.
"Kami kutip mata pertama dalam perlawanan di tempat lawan walaupun mengharungi tempoh persiapan yang singkat.
"Perlis bermain dengan baik di sebalik beraksi dengan 10 pemain.
"Pemain telah berikan segalanya.
"Banyak peluang yang dicipta cuma penyudahnya (tiada) jadi kami akan fokus satu persatu perlawanan," katanya.