Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: 'Oppa' tidak  pandang mudah kunjungan ke Manjung City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

seoul-phoenix.jpg
Bek kiri Seoul Phoenix, So Myeong-yun, menuntut kelab itu agar mengubah mentaliti selepas mengharungi tiga aksi tidak konsisten sepanjang enam minggu saingan dalam Liga A1 Semi-Pro.

Bermain secara pasif acap kali memakan diri apabila pihak lawan dapat menghidu ruang untuk dimanfaatkan, tatkala benteng pertahanan kian goyah dan tiada serangan agresif dilancarkan.

Ulasnya, rangkuman setakat ini sepanjang kemunculan pertama bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) memberi satu tamparan hebat buat skuad itu, selepas menyedari kemampuan pasukan tempatan yang pada awalnya dipandang enteng kini menggugat maruah Seoul Phoenix.  

"Isu utama kami adalah mentaliti.

"Kami terlalu naif, tidak agresif ketika beraksi. 

"Kami tidak dapat bertahan sebagai sepasukan. 





"Kami perlu fokus kepada permainan sepasukan yang bermula di bahagian pertahanan sambil mencipta lebih banyak peluang," katanya di Nadi Arena, sebentar tadi. 

Ia secara tidak langsung meletakkan kelab dari Korea Selatan itu di kedudukan ketujuh selepas tiga perlawanan dan menantinya adalah penghuni ranking ke-13, Manjung City, Sabtu ini. 

"Semua pasukan Malaysia bagus seperti yang dijangkakan. 

"Kami perlu kekal rendah untuk menjadi pencabar utama dalam kancah ini. 

"Kami akan berjuang dengan semangat tersendiri," katanya lagi. 
 
Football Shoes

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video