Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Naaim Firdaus enggan pandang rendah aksi berdepan Machan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

machan.jpg
Penghuni ranking kedua Liga A1 Semi-Pro, Imigresen II, dijadualkan turun menentang Machan esok dalam misi penting untuk terus menekan pasukan di tangga teratas. 

Perancang tengah, Naaim Firdaus, menegaskan bahawa peranannya adalah untuk memastikan pasukan tidak kehilangan rentak perlawanan di samping membuka ruang serangan buat barisan penyerang. 

"Bagi saya ia bukan perlawanan mudah kerana Machan akan beraksi bersungguh-sungguh dengan kami, kami akan berikan yang terbaik," katanya.

Baginya, kekuatan Imigresen bukan sahaja terletak pada kualiti individu, tetapi sejauh mana mereka mampu bergerak sebagai satu unit.

Di atas kertas menyaksikan Imigresen II lebih berkelebihan untuk menguasai perlawanan berbanding achan yang kini menghuni dasar liga.

Namun, Naaim melihat kemenangan tidak akan datang mudah jika pasukannya gagal memecahkan blok pertahanan lawan yang pasti akan turun secara bertahan.

"Bagi saya corak permainan barisan kejurulatihan yang lakukan kerja, kami hanya menerapkan. Meskipun jurulatih baru tidak menjadi masalah buat kami.

"Kami akan berikan yang terbaik."tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video