Jurulatih Malaysia Universiti (MUFT), Yazli Yahya, tidak anggap UM-Damansara United sebagai sebuah pasukan berstatus universiti, walaupun pertemuan kedua-dua pasukan dilabel sebagai aksi 'derby' institusi pengajian tinggi.
Yazli menegaskan lawan dibarisi rata-rata pemain berpengalaman termasuk barisan pemain import yang pastinya memberi cabaran hebat kepada pasukannya bagi aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Arena, malam esok.
"Persembahan semangat yang ditunjukkan semakin meningkat, semakin serasi di setiap posisi.
"Saya harap rentak ini dapat diteruskan apabila menentang satu lagi pasukan hebat.
"Kami menghormati UM-Damsara kerana dibarisi pemain yang semuanya berkualiti tetapi keputusan ditentukan dalam 90 minit perlawanan," katanya.