Pertambahan dua pasukan ke saingan Liga A1 Semi-Pro hanya akan berlaku jika pasukan Bukit Tambun dan Kuala Lumpur (KL) Rovers bersedia untuk meneruskan perjuangan mereka saingan musim depan.
Namun, jika hanya salah satu sahaja yang menyatakan kesediaan, jumlah asal iaitu 16 pasukan yang akan bersaing di divisyen kedua itu akan dikekalkan.
Perkara itu antara yang ditegaskan Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, yang hanya memberikan masa kepada dua pasukan terlibat sehingga hujung minggu ini.
"Saya kena terima dua pasukan, nampaknya KL Rovers lebih kedepan berbanding Tambun sedikit perlahan. Saya sudah maklumkan bahawa jika dua pasukan saya terima.
"Ia untuk mudahkan saingan liga, kita mahu tambah pasukan agar lebih baik saingan liga. Jika kucar-kacir akan merumitkan pasukan. Ada pasukan yang akan berehat satu minggu daripada beraksi," katanya.
Selain daripada KL Rovers dan Bukit Tambun, terdapat beberapa individu yang nampaknya berminat untuk menubuhkan pasukan merujuk kepada kewangan yang kukuh, namun pada hemat Yusoff, mereka agak terlambat untuk meneruskan hasrat itu.
"Kita lihat pilihan yang ada, ada pasukan yang belum ada dalam liga yang ada kekukuhan kewangan ada cuba merisik. Kita lihat nanti." tambahnya.