Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Kedah FA cuma boleh salahkan diri sendiri -- Diakite

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diakite.jpg
Kapten Kedah FA, Pape Diakite, mengakui kecewa gagal membantu pasukannya langkah kanan dalam aksi pembukaan Liga A1 Semi-Pro, meskipun beraksi dengan kelebihan seorang pemain.

Pertahanan tinggi lampai kelahiran Senegal tersebut menggesa rakan sepasukannya agar melupakan keputusan perlawanan di Stadium Kangar itu, sebaliknya kembali fokus memburu tiga mata sulung ketika berkunjung ke Manjung bagi satu lagi pertembungan 'derby' utara menentang Persatuan Bolasepak (FA) Perak, Sabtu depan. 


"Perlawanan sulung sentiasa sukar. 

"Ini sebuah pasukan yang dibentuk, terdiri daripada ramai pemain baru. 

"Tidak mengapa kerana kami tidak tewas. Bermula saat ini, kami dapat mengenal pasti dengan lebih baik mengenai kelemahan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi. 

Diakite turut memasang impian membantu skuad kendalian Victor Andrag itu untuk menjuarai saingan, sekali gus meraih slot ke kancah Liga Super 2026/2027.





"Keputusan ini adil dan kami cuma tidak cukup bertuah dan hanya salahkan diri sendiri. 

"Kami perlu bekerja keras dan perbaiki kelemahan. 

"Saay akan berkongsi pengalaman dengan rakan sepasukan dalam usaha memenangi kejuaraan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video