Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Kedah FA benam Kedah DA di Kedah, Imigresen II buktikan keampuhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kda.jpg
Kedah FA memperbaiki kedudukan Liga A1 Semi-Pro dengan berada di tempat kelima selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA), semalam.

Adam Azeez berhasil memecahkan kebuntuan Kedah FA selepas hantaran daripada Rahmat Makasuf menghasilkan jaringan sulung perlawanan, sekali gus memberikan tiga mata penuh kepada pasukan itu.

Sementara itu, Seoul Pheonix terpaksa berputih mata apabila Imigresen II mudah mencatatkan kemenangan keempat dengan jaringan 2-0 di Sepang, sebentar tadi. 




Skuad kendalian Lee Sang-jin gagal membuktikan kualiti terbaik tatkala anak buahnya semakin matang mempelajari bola sepak Malaysia.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video