Ada drama, ada kejutan sepanjang perlawanan amatur Liga A1 Semi-Pro membabitkan Imigresen II menentang Selangor 11 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sebentar tadi.
Meskipun menyamakan kedudukan pada minit ke-80, Gergasi Merah tidak berjaya membawa pulang tiga mata penuh, dan terpaksa berpuas hati dengan satu.
Skuad muda Imigresen terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nazwin Salleh pada minit ke-17, namun Selangor II pantas mengikat kedudukan 1-1 berselang enam minit kemudian.
Sebelum tamat separuh masa pertama, kesilapan menghukum pelawat tatkala tuan rumah mengambil kesempatan untuk berada di depan.
Mendapat panggil senior bersama Harimau Malaya menjelang Kelayakan Piala Asia, Aliff Izwan Yuslan mendapat tonik terbaik apabila muncul wira Selangor II dengan jaringan penyamaan dan membantu pasukan itu kukuh di tempat kedua liga.