Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Jaringan minit akhir selamatkan maruah Armed Forces

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

a1.jpg
Armed Forces terus mendahagakan kemenangan untuk mendaki kelompok atasan Liga A1 Semi-Pro selepas berkongsi mata menentang Malaysian University, petang tadi.

Episod duka Armed Forces bermula seawal minit ke-21 selepas mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan layangan kad merah buat Shahrul Aznei Shopri atas tindakannya mengasari tonggak tengah pasukan lawan, Zikry Mohd Hafis. 

Peluang keemasan pelawat hadir minit ke-35 menerusi tandukan kencang Issma Daniel Issma Hamka hampir sahaja merobek gawang tuan rumah, namun keampuhan penjaga gol menidakkan percubaan berbahaya tersebut. 




Babak kedua, intensiti perlawanan meningkat dan kali ini lebih dominan ke arah kawasan berbahaya MUFT. 

Derita Armed Forces di hadapan penyokong tuan rumah bermula melalui sepakan percuma oleh Asyraaf Rifqi Rosli. 

Drama panas menghiasi penghujung aksi susulan ketidakpuashatian penyokong atas tindakan pengadil yang didakwa berat sebelah tidak menghentikan perlawanan ketika salah seorang pemain MUFT mengalami kecederaan.

Peluang itu dimanfaatkan Armed Forces untuk meledak jaringan penyamaan seminit sebelum wisel penamat dibunyikan. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video