Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Import dari Tanzania ini sasar 15 gol peribadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen.jpg
Dari Tanzania ke Malaysia, membesar di bandar Dar es Salaam menjadikan penyerang Imigresen II, Said Khamis, seorang yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Karier bola sepak Said tidak seindah yang disangka ketika usia remaja apabila sering kali diketepikan dalam sesi pemilihan dan impian menjadi pemain bola sepak hampir terkubur.

Namun, persekitaran yang sukar membuatkan Said lebih kental dan berjiwa besar.

Lima tahun berlalu, bola sepak membawa tonggak berusia 25 tahun itu serata dunia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Serbia dan Iraq.




Kini, Said bergelar mesin gol buat Imigresen II dalam saingan Liga A1 Semi-Pro, musim ini.

Sasaran peribadinya mahu terus menjaringkan gol berdepan Kelantan Wan Tendong Stable (WTS), esok.

"Sasaran saya ialah membantu pasukan meraih kemenangan dan berada di kedudukan selesa. 

"Saya berharap dapat menjaringkan lebih daripada 15 gol musim ini. 

"Saya sentiasa mempercayai bahawa kami adalah pasukan berbahaya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisement

Must Watch Video