Selepas berakhirnya minggu Piala FA, Liga A1 Semi-Pro kembali dengan Imigresen II bakal bertandang ke Stadium MPKP, Jitra, untuk menghadapi Kedah Darul Aman dalam perlawanan ketiga mereka.
Hanya meraih satu mata selepas dua perlawanan, ia merupakan titik pembelajaran terbaik buat ketua jurulatih Imigresen II, Azlan Ahmad, dalam usaha memperbaiki segala kekurangan, lebih-lebih lagi aspek serangan.
"Kelemahan kami yang paling ketara adalah bahagian serangan.
"Walaupun menguasai dalam dua perlawanan terdahulu biarpun mencipta banyak peluang.
"Kami sentiasa perbaiki (mutu permainan) dan apabila lawan Kedah Darul Aman (petang Sabtu ini), Insya-Allah akan ada hasilnya," katanya.
Azlan juga harap dapat membawa semangat 'pasukan abang' setelah menumpaskan Terengganu 2-1 dalam Piala FA, kelmarin.
Lebih penting lagi, adalah dalam memastikan mata penuh diraih kali ini.
"Ia motivasi kami bagi kami. Kedah Darul Aman ada penyokong tegar tersendiri.
"Sebagai pasukan pelawat, kami perlukan tiga mata untuk menaikkan keyakinan.
"Kami akan turun dengan misi wajib menang supaya kami pergi ke depan lagi," katanya.
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang