Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Imigresen II tekad jadikan Selangor II mangsa kebangkitan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen.jpg
Ketua jurulatih Imigresen II, Azlan Ahmad, mengambil peduli kekuatan Selangor II walaupun dibarisi ramai pemain muda, namun mereka memiliki banyak pengalaman yang mampu meletakkan Imigresen II dalam tekanan jika membuka ruang dalam 90 minit penting, petang esok. 

Berada di kedudukan keenam selepas mencetak tiga kemenangan, dua kekalahan dan seri sekali, skuad ini perlu mendaki untuk kembali mengejar kedudukan lebih baik dengan perbezaan hanya empat mata dengan pendahulu Liga A1 Semi-Pro, Armed Forces. 

Tegasnya, pasukannya bersedia sepenuhnya menjelang aksi ketujuh musim ini, dengan kondisi pemain yang tidak terlibat dengan sebarang kecederaan serius.

"Selangor II salah satu pasukan yang terdiri pemain muda terdiri dan mereka sudah lima tahun dibentuk.




"Melalui pertemuan dalam Piala Presiden dan Sukma (Sukan Malaysia) jadi serba sedikit saya tahu corak permainan mereka dan kami akan cuba buat sesuatu," katanya menjelang aksi di Stadium UKM, Bangi itu.

Kematangan dan pengalaman pemain senior seperti Hafiz Kamal serta Nasriq Baharom menjadi pertaruhan Azlan, berhadapan dengan pasukan yang majoriti dibarisi pemain muda.

"Kami mahukan tiga mata setelah kekalahan kepada Kelantan WTS. 

"Kami memperbaiki kelemahan dalam aspek bertahan dan menyerang," katanya lagi. 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video