Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Imigresen II mahu jadikan Bunga Raya mangsa seterusnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen-ii.jpg
Ketua jurulatih Imigresen II, Azlan Ahmad, menegaskan barisannya bakal turun dengan misi wajib menang ketika melayani kunjungan kelab Bunga Raya bagi pertemuan minggu keempat Liga A1 Semi-Pro, esok. 

Azlan, bagaimanapun, mengingatkan anak buahnya agar kekal berwaspada dengan ancaman yang bakal ditampilkan pasukan lawan kendalian Zurin Adra Azhar itu di Stadium UKM, Bangi. 

dia turut berharap agar barisan serangannya yang diketuai penyerang import kelahiran Tanzania, Sayid Khamis, tidak mensia-siakan peluang diraih sepanjang 90 minit permainan. 

Untuk rekod, selepas mengharungi tiga perlawanan, Imigresen II telah mencatatkan satu kemenangan, satu seri serta tewas sekali setakat ini.

"Kami mencari kemenangan di tempat sendiri. 

"Kami sudah mula menemui rentak ketika menang ke atas Kedah Darul Aman. 

"Kami turun dengan misi wajib menang., 

"Kami nak menjadi salah satu pencabar utama," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video