Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Armed Forces berisiko keluar daripada kelompok tiga terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

forces.jpg
Dalam kempen Liga A1 Semi-Pro, selepas bergelut dengan prestasi tidak konsisten dalam dua perlawanan terakhir dan sekadar mencatatkan keputusan seri menentang pasukan bawahan, Armed Forces, kini berdepan risiko terkeluar dari kelompok tiga terbaik. 

Rekod itu menimbulkan persoalan terhadap ketajaman serangan serta kestabilan pertahanan mereka yang sebelum ini menjadi tunjang kekuatan pasukan.

Meskipun mengakui tekanan berada di puncak liga semakin dirasai, jurulatihnya, Kevin Cooper, menegaskan skuadnya tidak akan bermain dengan pendekatan bertahan semata-mata. 






Sebaliknya, pasukan itu akan tampil dengan taktikal lebih agresif bagi mengekalkan rekod tanpa kalah terus menjadi milik mereka.

"Dalam dua aksi terakhit kami mengekalkan dalam mencipta peluang tetapi tidak dapat menoktahkan dengan jaringan.

"Semestinya kami bekerja keras. Selagi pemain terus mencipta peluang saya tidak berasa risau." katanya.

Dia juga menegaskan Armed Forces yang bakal berdepan penghuni ranking kedua, Perak pada Sabtu perlu memanfaatkan sebaik peluang yang disajikan untuk meletakkan jurang antara dua pasukan lain yang kini hanya dibezakan menerusi jumlah jaringan.

 
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video