Penyerang Selangor II, Abdul Rahman Daud, menyasarkan 15 gol dalam kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 selepas meledak 12 jaringan musim lalu.
Walaupun sedar ianya bukan tugas mudah, bekas penyerang Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berusia 21 tahun itu percaya dengan kesungguhan serta komitmen tinggi barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan, tidak mustahil misi tersebut mampu direalisasikan.
Untuk rekod, selepas mengharungi lima perlawanan liga musim ini, Abdul Rahman telah mencetak lima gol termasuk dua gol peribadi ketika skuad utama Gergasi Merah mengatasi Bunga Raya dengan keputusan 3-0, Ahad lalu.
"Gol penting untuk seseorang penyerang, senarai penyudah akan diambil kira.
"Saya mahu mencatat lebih banyak gol pada musim ini.
"Perlawanan lebih banyak dan (mutu) pasukan kami semakin bagus.
"Saya realistik dalam menyasarkan 15-20 jaringan pula.
"Saya perlu tunjukkan prestasi (yang bagus) dan pastinya apabila diberi peluang, buktikan bahawa saya layak berada di atas (pasukan senior)," katanya.