Berikutan kegagalan melengkapkan pendaftaran pemain serta proses Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) yang sepatutnya berakhir Isnin lalu, Liga Bolasepak Amatur (AFL) setuju memberi tempoh lanjutan.
Meskipun secara rasminya jendela perpindahan kedua sudah berakhir, namun AFL memberi penangguhan sehingga 14 Oktober ini bagi melancarkan proses tersebut buat semua kelab yang terlibat.
"Musim ini adalah musim pertama setiap pasukan mempunyai peluang untuk menandatangani pemain asing tetapi harus menepati syarat bahawa pemain tersebut mesti berusia 21 tahun.
"Saya faham proses dokumentasi perlu mengambil masa lama tambahan pula liga sedang berjalan," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Liga Bolasepak Amatur (MFL), Mohd Raimi Fakri
Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama terma penggunaan pemain import dibenarkan dalam saingan liga amatur.
Pun begitu, bagi mengelakkan sebarang isu gaji berlaku, AFL mengambil pendekatan dengan mewajibkan pembayaran deposit selama enam bulan kepada pemain import termasuk jumlah keseluruhan gaji tidak melebihi RM15,000.
"Kami juga telah menetapkan maksimum gaji sewaktu kami memaklumkan ketika awal musim lalu.