UM-Damansara United berjaya meraih tiga mata di tempat sendiri selepas mengatasi Kelantan WTS 4-1 dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Damansara yang turun dengan tonik terbaik membuka tirai jaringan seawal minit keempat, selepas satu hantaran lintang memperdaya pertahanan Kelantan, yang mudah disempurnakan Wan Hakimi.
Anak buah Ridzuan Abu Shah terus menggandakan asakan ke kubu Kelantan dan akhirnya Zahrul Nizam meletakkan pasukkanya di hadapan 2-0.
Tersentak, Kelantan akhirnya berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi Muhammad Aqil yang tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Di babak kedua perlawanan, Thankgod Michael berjaya meletakkan nama sebagai penjaring ketiga UM-Damansara menerusi satu lagi sepakan penalti di minit ke-65.
Pemain gantian Damansara, Brandon Liew melebarkan keputusan dengan tandukan mudah untuk gol keempat untuk menutup perlawanan dengan keputusan 4-1