Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi Pro: Imigresen terus lakar kemenangan, benam Harini FT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imigresen.jpg
Saingan minggu kedua Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024/2025 menyaksikan juara bertahan, Imigresen FC berjaya mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Harini FT dengan keputusan 2-1.

Imigresen yang turun selaku pelawat di Stadium Utama Kuala Selangor mendahului permainan hasil ledakan cantik penyerang import, Thankgod Michael pada minit ke-24.

Gol penyamaan Harini hadir pada minit ke-30 sumbangan penyerang, Williams Ogolo namun ianya tidak bertahan lama selepas Thankgod sekali lagi mencetak nama selaku penjaring buat Imigresen berselang seminit kemudian.

Peluang terbaik tuan rumah untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata tidak kesampaian apabila kapten pasukan, Salomon Raj gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil, Zulknain Zakaria, pada babak kedua perlawanan.

Tiada tambahan jaringan menyaksikan kedudukan 2-1 itu kekal memihak anak buah Mat Zan Mat Aris.

Advertisement

Must Watch Video