Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi Pro: 'Budak U' waspada ancaman Manjung City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mansjugn.jpg
Dalam saingan kelompok bawahan Liga A1 Semi Pro 2025/26, tumpuan tertumpu kepada pertemuan antara Malaysian University Football Team (MUFT) dan Manjung City yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Ahad ini. 

Ketua jurulatih MUFT, Yazli Yahya, mengakui pertemuan kali ini dijangkakan lebih seimbang buat kedua-dua pasukan. 

Namun, kehadiran pemain import Manjung City menjadi faktor yang merisaukan memandangkan barisan pemain MUFT rata-rata terdiri daripada mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian. 

"Pasukan Manjung walaupun kedudukan mereka jauh tetapi kami tetap menghormati sebagai pasukan yang dibarisi pemain senior.






"Ini satu lagi peluang untuk kami mencipta kemenangan kedua kami, saya harap pemain dapat kekalkan prestasi mereka," katanya.

Sementara itu, penyerang muda meningkat naik, Issma Daniel, yang telah menjaringkan dua gol liga setakat ini, tekad untuk terus menampilkan aksi bertenaga sama ada meledak jaringan atau mencipta peluang buat pasukan universiti itu. 

"Bagi saya kedua-dua pasukan ada kualiti masing-masing, mungkin kami terdiri daripada barisan pelajar.







"Manjung miliki kelebihan dengan pemain berpengalaman dan pemain import. Saya harap untuk aksi ini sesiapa pun diberikan peluang untuk meledak akan jaringkan gol." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video