Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: Jurulatih Seoul Phoenix bimbang pemain terlalu yakin selepas tundukkan JDT II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sang-sik-seoul-phoenix.jpg
Ketua jurulatih Seoul Phoeniz, Lee Sang-jin, bimbang sebaik kejayaan pasukannya menewaskan Johor Datul Ta'zim II (JDT II) dalam aksi pertama Liga A1 Semi-Pro di Pasir Gudang minggu lalu.

Menurutnya, rata-rata pemainnya kini menjadi terlalu yakin untuk mencipta keputusan sama menjelang perlawanan menentang Malaysian University di Stadium USIM, Nilai petang esok.

Sang-jin berasakan ia merupakan satu perkembangan tidak sihat buat pasukannya.

"Kami agak gusar kerana selepas kami menewaskan JDT, pemain menjadi terlalu yakin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Jika kami terlalu yakin, ia sebenarnya boleh merosakkan permainan kami dalam perlwanan seterusnya, jadi kami risau mengenainya.

"Kami mahu kekal rendah diri dan menunjukkan apa yang boleh kami lakukan dalam perlawanan kedua nanti," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video