Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1: Armed Forces enggan jadi mangsa buli 'Budak U'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james-richard.jpg
Armed Forces enggan menjadi mangsa buli 'Budak U' menjelang aksi Liga A1 Semi-Pro menentang Malaysian University di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur petang esok.

Sebaliknya, perlawanan itu mahu dijadikan sebagai titik kebangkitan untuk kembali mencabar kejuaraan liga selepeas melewati dua kekalahan dan satu keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir.

Ketua jurulatih, James Richard, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: "Dalam perlawanan terakhir menentang Kelantan RW, kami beraksi baik dalam separuh masa kedua.

"Jadi, dalam sesi latihan sepanjang minggu ini, kami mencuba untuk mempebaiki apa kekurangan kami dalam perlawanan terdahulu.

"Kami sedar ia akan menjadi perlawanan penting buat kami di laman sendiri dan keputusan banyak tidak memihak kami ketika ini.

"Kami tidak akan memandang rendah Malaysian University kerana kami sedar mereka pasukan muda, bertenaga dan gemar bermain secara terbuka selain tidak takut kalah."


 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video