Liga 1 Indonesia dijenamakan semula sebagai Liga Super manakala Liga 2 pula kini menggunakan nama Liga Championship, demikian dilaporkan CNN Indonesia.
Menurut laporan itu, perkara berkenaan diumumkan Pengarah Utama PT Liga Indonesia Baru (LIB), Ferry Paulus, malam tadi.
Liga Super akan menjadi liga divisyen teratas negara itu disusuli Liga Championship selaku liga divisyen 2.
Sebagai rekod, kali terakhir Indonesia menggnakan jenama Liga Super ialah pada 2015.
Ferry berkata perubahan itu dilakukan untuk memberikan wajah baru buat Liga Indonesia tetapi ia hanya melibatkan liga profesional, di mana Liga 3, iaitu liga semipro, akan kelal dengan nama Liga Nusantara
Perubahan besar lain yang ditetapkan adalah kuota pemain asing untuk Liga Super musim depan, di mana setiap kelab dibenarkan mendaftarkan 11 pemain asing tetapi hanya lapan yang boleh dimainkan secara serentak.
Kredit foto: CNN Indonesia