BOLA SEPAK

Li terima kepercayaan China ganti Lippi

Penulis Jemputan 03/01/2020 | 02:36 MYT
Li Tie telah dilantik sebagai jurulatih baru pasukan kebangsaan China, demikian Persatuan Bola Sepak China mengesahkannya.
Dia menggantikan Marcello Lippi selepas pengurus veteran dari Itali itu meletak jawatan pada November lalu berikutan kekalahan kepada Syria dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022.
Tempoh kedua Lippi hanya bertahan enam bulan dan Li kini akan mengemudi China ke arah kempen Qatar 2022 itu.
Perlawanan pertama di bawah kendaliannya adalah menentang Maldives pada 25 Mac depan dengan pasukan di ranking ke-76 dunia itu kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Kumpulan A, Syria, walaupun berkelebihan satu perlawanan.
Li merupakan sebahagian daripada skuad China yang layak ke Piala Dunia 2002, satu-satunya penampilan mereka di pentas berkenaan setakat ini.
Sebagai pemain, dia pernah membuat kemunculan bersama Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selain menjadi pengurus sementara untuk negaranya dalam Kejohanan Timur Asia EAFF E-1 bulan lal, tetapi tewas dua daripada tiga perlawanan.
Editor: Shaiful Shamsudin
;