Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski tidak mahu Lamine Yamal sia-siakan bakat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal.jpg
Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, menegur rakan sepasukan, Lamine Yamal, agar mencari keseimbangan dalam soal kehidupannya agar dia dapat menikmati kerjayanya dalam masa yang panjang.

Yamal telah mengecapi kejayaan mendadak dan merupakan antara pilihan untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Sepanyol itu baru-baru ini berdepan kritikan umum kerana dilaporkan mengupah orang kerdil sebagai sebahagian daripada acara hiburan dalam majlis hari jadinya ke-18 yang bertemakan gangster pada 13 Julai lalu. 

"Lamine sangat muda, dia wajar menikmati kehidupannya," kata Lewandowski kepada ESPN. 

"Dia perlu menikmati kehidupan atas pelbagai sebab, bukan setakat dalam bola sepak malah di luar padang juga. 

"Sudah tentu, ia juga akan menjadi detik yang sukar untuknya dalam mengendalikannya. Yang pasti, ia bukan mudah tetapi dia juga perlu menikmati segala-galanya. Dalam dalam usia sebegitu, dia boleh dan mungkin pada masa hadapan dia sudah tidak boleh menikmatinya lagi. Tetapi dia hanya perlukan keseimbangan.

"Dia seorang budak yang sangat baik. Lamine mahu menjadi diri sendiri. Sudah tentu, akan muncul banyak spekulasi tentang perkara ini.




"Ia bergantung tentang bagaimana dia mampu mengendalikan perkara ini untuk jangka panjang. 

"Dia akan sentiasa menjadi perhatian media dalam dua, tiga, empat tahun."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video