Robert Lewandowski menjaringkan golnya yang ke-100 untuk Bayern Munich di Allianz Arena menerusi penyudah kemasnya pada minit ke-27 ketika membantu kemenangan 3-1 gergasi Jerman itu ke atas Schalke, awal pagi tadi.
Menerusi gerakan satu dua dengan James Rodriguez, penyerang berusia 30 tahun itu tenang menewaskan Ralf Fahrmann untuk meraikan jaringan penting buat pasukannya itu.
Jaringannya itu memastikan Bayern ke bilik persalinan dengan kelebihan 2-1 selepas penyerang Schalke, Ahmed Kutucu, menebus kesilapan rakan sepasukannya, Jeffrey Bruma, yang terjaring bola ke gawang sendiri.
Lewandowski menyertai Bayern daripada Borussia Dortmund pada 2014 dan telah menjaringan 13 gol dalam Bundesliga musim ini.
Dia kini sedang dalam perebutan Anugerah Kasut Emas yang turut melibatkan penyerang Frankfurt, Luka Jovic, dan kapten Dortmund, Marco Reus.