Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski hilang kepercayaan terhadap jurulatih, pilih tinggalkan Poland serta merta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poland.jpg
Penyerang Barcelona, ​​Robert Lewandowski, mengumumkan bahawa dia tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan Poland selagi jurulatih, Michal Probierz, kekal bertanggungjawab menerajui skuad tersebut.

Terdahulu, bekas pemain Bayern Munich itu memilih untuk tidak bersama negaranya kerana mendakwan dirinya dalam kondisi yang tidak begitu baik 'keletihan fizikal dan mental'. 

Tonggak berusia 36 tahun itu beraksi 52 kali dalam semua pertandingan untuk pasukan Hansi Flick, menjaringkan 42 gol ketika membantu pasukannya menjulang tiga trofi, termasuk kejuaraan LaLiga.

Hasilnya, ketua jurulatih Poland, Probierz memilih untuk menggantikan Lewandowski sebagai kapten, dengan Piotr Zielinski dari Inter Milan.

 

Zielinski mengetuai pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Moldova dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada hari Jumaat menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Finland esok.

Penjaring terbanyak Bundesliga itu kemudiannya memuat naik satu kenyataan yang mengejutkan pelbagai pihak, namun tetap terbuka menyertai Poland dalam masa terdekat.

“Mengambil kira keadaan dan hilang kepercayaan kepada jurulatih, saya telah memutuskan untuk 'bersara' daripada bermain untuk Poland selagi dia kekal sebagai pengurus,” tulis Lewandowski di media sosial.

"Saya harap saya masih mempunyai peluang untuk bermain lagi.

Advertisement

Must Watch Video