Skip to main content

Bola Sepak

Levante dakwa Barca turunkan pemain tidak sah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
BARCELONA 3 LEVANTE 0 
(Barca mara dengan agregat 4-2)

Presiden Levante, Quico Catalan, mengesahkan kelabnya akan membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol berhubung pertemuan dengan Barcelona dalam Copa del Rey kerana mendakwa juara bertahan LaLiga berkenaan menurunkan pemain yang tidak layak dalam aksi pertama.


Barca tewas 1-2 dalam pertemuan pertama minggu lepas, kekalahan sulung mereka dalam semua pertandingan sejak tumbang 3-4 kepada Real Betis di laman sendiri, November lalu.

Ernesto Valverde membuatkan rombakan besar sempena perlawanan awal pagi tadi termasuk meletakkan Chumi dalam kesebelasan utama. 

Namun, pertahanan skuad Barcelona B itu didakwa sedang menjalani penggantungan perlawanan selepas mengutip lima kad kuning dalam saingan Segunda Division B.

Aksi timbal balik di Camp Nou itu menyaksikan Barca menang 3-0 -- Ousmane Dembele menyumbat dua gol sementara Lionel Messi menambah gol ketiga -- dan Catalan mengesahkan bahawa Levante akan membuat aduan rasmi dan mahu mendapatkan keadilan terhadap perkara itu, tidak kira sama ada mereka mara atau tidak.

"Ini bukan situasi yang mudah. Sebagai sebuah kelab sukan, kami lebih suka mencapai kemenangan di atas padang," kata Catalan kepada pemberita sebelum memulakan perlawanan.

"Levante akan membuat aduan rasmi esok (hari ini). 

"Kami akan membuat aduan sekiranya kami gagal meneruskan kemaraan. Jika kami mara sekalipun, kami tetap akan menuntut penjelasan daripada badan induk bola sepak Sepanyol.

"Kami mempunyai bukti yang cukup. 

"Jabatan undang-undang kami akan terus bekerja keras dan akan berusaha sepanjang malam untuk menyediakan butiran yang kami akan hantar. Namun, kami mempunyai bukti dan asas yang kukuh untuk melakukannya."
 

Advertisement

Must Watch Video