Skip to main content

Bola Sepak

Lesen memandu pertahanan Man Utd, Harry Maguire digantung!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harrymaguire.jpg
Lesen memandu pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire, telah digantung Mahkamah Majistret Bolton selepas didapati bersalah membawa kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan.

Menurut laporan Sky Sports, pemain kebangsaan England itu dikenakan saman dan perlu membayar denda sebanyak RM4,600.00 bagi kesalahan tersebut termasuk pembayaran kos mahkamah. 

 

Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan memandu pada kelajuan 85 batu sejam (mph) di zon had laju 50mph di kawasan tertentu.

Advertisement

Must Watch Video