Skip to main content

Bola Sepak

Lesen Kebangsaan: KDN yakin dapat lampu hijau, bentuk pasukan berdasarkan kemampuan kewangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ceo-kdn-datuk-mohd-irwan-rizal-mohd-ali-napiah_1.jpg
Tiada sebarang permintaan semula atau pertambahan dokumentasi Pelesenan Kelab daripada Malaysia Football League (MFL) sejak 9 Mei lalu umpama petanda baik yang bakal diterima pengurusan kelab Kelantan Darul Naim (KDN) yang kini dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.

Hasrat meneruskan legasi KDN dalam saingan Liga Super hampir menjadi nyata dan hanya tunggu pengumuman rasmi MFL dalam tempoh masa yang tidak dinyatakan secara terperinci selepas mengumumkan dua tarikh akhir sebelum ini.

"Kami serahkan kepada kebijaksanaan MFL. Namun, KDN Sdn Bhd sudah cuba patuhi (syarat) sebaik mungkin, dokumen tambahan yang diperlukan pun sudah diserahkan. 




"Kami tengah tunggu berita baik daripada MFL dan setakat hari ini, kami tidak diminta untuk sebarang dokumen tambahan lagi," kata Irwan Rizal. 

Dengan limpahan pemain berkualiti daripada Perak yang memilih mengangkat bendera putih musim depan selain khidmat jurulatih tempatan, Yusri Che Lah, berada di pasaran, Irwan tidak menafikan mereka sedang mendekati Yusri dan bekas beberapa pemain Sang Seladang itu. 

"Kemampuan itu penting. 

"Salah satu fokus utama dalam perbelanjaan berhemah, tidak perlu tengok kelab lain tapi tengok diri sendiri, mampu atau tidak?," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video