Skip to main content

Bola Sepak

Lepaskan Antony ke Real Betis kesalahan terbesar Manchester United?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nthony.jpg
Pemain pinjaman Real Betis dari Manchester United, Antony, sedang menikmati permainan bola sepak yang dimahukannya apabila menjadi nadi utama pasukannya dalam beberapa perlawanan baru-baru ini dengan membantu kelabnya itu melakar menang 3-0 ke atas Real Sociedad dalam saingan La Liga.

Dalam perlawanan itu menyaksikan, Antony telah menjaringkan gol pembukaan Betis pada minit ke-51, juga gol ketiganya bersama pasukan itu walaupun baru bermain empat perlawananan sahaja. Lebih banyak berbanding 30 penampilannya di semua pertandingan ketika bersama Manchester United

Malah, dia turut dinobatkan pemain terbaik dalam perlawanan ini, yang ketiga selepas perlawanan menentang
Athletic Bilbao dan Celta Vigo.

Tempoh pinjaman Antony di Betis akan berakhir pada hujung musim ini dan mencetuskan persoalan, adakah dia akan bermain di Old Trafford selepas mengharungi musim yang suram selama 2 tahun setengah di sana?

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video