Leon Goretzka akan terlepas jelajah pra-musim Bayern Munich di Amerika Syarikat (AS) berikutan menjalani pembedahan lutut yang kerap membelenggunya.
Pemain antarabangsa Jerman itu hanya melakukan 19 penampilan Bundesliga sepanjang musim 2021-22 selepas berdepan masalah lutut kirinya.
Goretzka kemudian diketepikan untuk bertemu D.C. United dan Manchester City sebelum mengharungi perlawanan akhir DFL-Supercup menentang RB Leipzig, 30 Julai ini.
Laporan mencadangkan pemain berusia 27 tahun itu mungkin tersisih hingga dua bulan, sekali gus menyebabkan Julian Nagelsmann kekurangan pilihan di bahagian tengah bagi menghadapi awal saingan Bundesliga 2022-23.
Goretzka dijangka membentuk gandingan di samping Joshua Kimmich selain Marcel Sabitzer dan muka baru daripada Ajax, Ryan Gravenberch, antara pengganti berpotensi buat juara Bundesliga itu.
Terdorong dengan situasi ini, minat Bayern terhadap pemain Leipzig, Konrad Laimer, makin meningkat memandangkan mereka bakal mengharungi kempen tanpa penyerang berbisa, Robert Lewandowski, yang memilih Barcelona sebagai destinasi barunya.

ℹ️ #FCBayern will be without @leongoretzka_ for the US tour after he underwent a successful operation on his knee on Monday.
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) July 18, 2022
Full details: https://t.co/ps94UNyZCN