Skip to main content

Bola Sepak

Lembah Klang destinasi baru Mahali Jasuli

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mahali.jpg
Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Kuala Lumpur City (KL City), persoalan hala tuju bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli, akhirnya terjawab apabila kelab yang berpangkalan di Ibu Kota itu mengumumkannya sebagai pemain terbaru mereka. 



Bekas pemain Negeri Sembilan berusia 33 tahun itu, dikaitkan ke sebuah pasukan Liga A1 Semipro, Gombak FA, yang dikendalikan oleh rakannya, Shahrom Kalam, selain kelibatnya juga turut kelihatan ketika aksi pramusim antara PDRM menentang KL City, hujung minggu lalu. 
 
Sebagai rekod, Mahali pernah menjulang trofi kejuaraan Liga Super sebanyak lima kali bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
 

Advertisement

Must Watch Video