LIGUE 1

Lemar tidak tinggalkan Monaco bulan ini

Penulis Jemputan 30/01/2018 | 00:22 MYT
Bintang Monaco, Thomas Lemar, pasti akan kekal bersama kelab Ligue 1 itu sehingga akhir musim, kata Naib Presidennya, Vadim Vasilyev.
Lemar, 22, telah dikaitkan dengan Liverpool dan Arsenal sejak pra-musim lalu, dengan beberapa laporan mendakwa dia mungkin berhijrah dalam jendela perpindahan bulan ini.
Bagaimanapun, Vasilyev berkata pemain antarabangsa Perancis itu pasti akan kekal bersama Monaco sehingga berakhirnya kempen.
"Dia 100 peratus akan kekal di Monaco sehingga akhir musim ini," katanya kepada RMC.
Lemar membuat lima bantuan gol dan menjaringkan dua gol dalam liga musim ini, dengan Monaco menduduki tangga keempat dalam carta.
Vasilyev berkata walaupun kelabnya menerima tawaran besar untuk Lemar, tiada peluang mereka akan menjualnya bulan ini.
"Jika Liverpool atau Arsenal datang dengan tawaran besar sebelum berakhirnya pasaran perpindahan? Ini tidak relevan," katanya.
"Kami akan mengatakan tidak kerana objektifnya jelas.
"Tanpa pemain penting seperti Lemar, kami tidak akan berjaya," katanya lagi.
;