LIGUE 1
Lemar, Fabinho tidak akan dijual
Juara Ligue 1 musim 2016/17, Monaco, menegaskan bahawa Thomas Lemar dan Fabinho tidak akan dijual walaupun menarik minat banyak pasukan Eropah.
Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyev, berkata pasukannya tidak akan melepaskan dua pemain itu selepas Benjamin Mendy dan Bernardo bersetuju untuk menyertai Pep Guardiola di Manchester City.
Seorang lagi pemain yang telah melengkapkan perpindahan dari Monaco adalah pemain tengah, Timoue Bakayoko, yang membuat keputusan untuk menyertai juara England musim lalu, Chelsea.
Iklan
Dalam satu sidang media, Vasilyev memberitahu bahawa beberapa pemain menjadi pilihan pengurusan untuk dikekalkan.
“Kami sedang memastikan pemain yang kami mahu akan kekal bersama pasukan.
“Kedua-dua pemain ini (Mendy dan Lemar) memiliki bakat yang hebat dan amat bernilai buat pasukan.
“Monaco tidak mahu melihat pemain keluar lagi walaupun kemungkinan akan ada muka baru,” katanya.
Selepas kehilangan tiga pemain itu, Monaco dilihat tidak berdiam diri apabila berjaya mendapatkan Zulte Waregem, Diego Benaglio, Youri Tielemans serta pertahanan Belanda, Terence Kongolo.
Must-Watch Video