Wesley Fofana diarah berlatih dengan pasukan B-23 Leicester City tatkala Chelsea meneruskan percubaan mereka untuk menandatangani pertahanan tengah itu.
Brendan Rodgers mengesahkan selepas kemenangan penentuan penalti The Foxes ke atas Stockport County dalam Piala Liga Inggeris (EFL) semalam bahawa Leicester telah menolak satu lagi tawaran daripada Chelsea.
Pertahanan itu terlepas kekalahan 1-2 kepada Southampton, hujung minggu lalu, berikutan Rodgers berkata pemikirannya tidak berada di landasan yang tepat untuk dipertaruhkan.
Kelab itu mendedahkan pemain berusia 21 tahun tersebut juga mula menunjukkan masalah disiplin apabila sehari gagal melaporkan diri untuk sesi latihan minggu lalu, lebih-lebih lagi mereka akan berdepan The Blues Sabtu ini.
"Ada tawaran masuk dan ia telah ditolak," katanya dalam sidang akhbar dengan laporan mengaitkan Chelsea sedia menghulurkan tawaran baru bernilai sekitar £70 juta (RM370.4j).
“Selain daripada itu, saya tidak 100 peratus pasti mengenai butiran lain memandangkan kami tengah memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Stockport.

"Dia berlatih dengan pemain B-23 supaya dapat mengembalikan kecergasannya dan terus bekerja. Ia sangat penting di peringkat ini bagi mengawal sebarang gangguan yang mungkin timbul.
"Dia seorang pemuda yang baik, ia adalah situasi yang sangat mencabar baginya. Saya sendiri beberapa kali pernah mengalaminya dalam karier. Ada pemain yang mampu menanganinya, mengatasinya, meneruskan, mahu membantu rakan sepasukan. Ada pula pemain yang tidak mampu menangani gangguan.
"Sudah tentu ia mengalihkan perhatian mereka dan ia tidak bagus. Mereka ponteng sesi latihan sedangkan anda memerlukan komitmen penuh daripada pemain.
"Mereka menikmati gaji yang lumayan. Sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah hadir (berlatih). Dan jika anda tidak hadir, maka dengan segala hormatnya anda tidak boleh berfikir bahawa anda boleh menyertai kumpulan kami."
Undian pusingan ketiga Piala EFL:
Stevenage lwn Charlton
Leicester City lwn Newport County
West Ham United lwn Blackburn Rovers
Wolves lwn Leeds United
Nottingham Forest lwn Tottenham
Manchester United lwn Aston Villa
Bournemouth lwn Everton
Liverpool lwn Derby County
Burnley lwn Crawley Town
Bristol City lwn Lincoln City
Manchester City lwn Chelsea
MK Dons lwn Morecambe
Newcastle United lwn Crystal Palace,
Southampton lwn Sheffield Wednesday
Arsenal lwn Brighton & Hove Albion
Brentford lwn Gillingham

Our #CarabaoCup journey begins with a trip to Manchester City! ? pic.twitter.com/kzgT2X68hp
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 24, 2022