Skip to main content

Bola Sepak

Leicester City telah umumkan Marti Cifuentes pengganti Van Nistelrooy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cifu.jpg
Pasukan Leicester City telah mengumumkan kehadiran Marti Cifuentes sebagai pengurus baharu mereka menjelang kempen Liga Kejuaraan bermula pada Ogos.

Cifuentes akan menggantikan tempat Ruud Van Nistelrooy yang meninggalkan Stadium King Power pada akhir Jun selepas hanya tujuh bulan bersama.

Pengendali berusia 43 tahun itu telah meninggalkan Queens Park Rangers (QPR) bulan lalu dengan persetujuan bersama dan telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Foxes.

"Satu penghargaan buat saya berada di sini sebagai pengurus baharu buat Leicester City.

"Ini adalah kelab yang hebat dengan sejarah membanggakan, dan ia adalah satu keistimewaan bagi saya untuk meneruskan legasi bersama Leicester ini" katanya.

Untuk rekod, Leicester teringkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu selepas menduduki tempat ke-18 dalam liga.

Advertisement

Must Watch Video