Skip to main content

Bola Sepak

Legenda Selangor terima sumbangan daripada PM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azman-adnan.jpg
Legenda Selangor, Azman Adnan, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim berikutan menderita sakit tulang kaki yang memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.

Sumbangan bantuan itu diberikan menerusi wakil Perdana Menteri, Farhan Fauzi untuk membantu urusan harian dam perubatan bekas penyerang bola sepak kebangsaan itu.

Melalui laman rasmi Facebooknya, dia berkata: "Saudara Farhan Fauzi meneruskan rutin Ziarah MADANI bagi pihak saya dengan bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan, saudara Azman Adnan semalam.





"Bekas penyerang sensasi Selangor kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

"Saudara Farhan Fauzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-Allah." katanya.

Advertisement

Must Watch Video