Legenda Real Madrid dan Brazil, Marcelo, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional pada usia 36 tahun.
Dia menyertai Madrid daripada kelab zaman remajanya, Fluminense, pada 2007 dan menghabiskan 15 tahun di Santiago Bernabeu untuk menjadi antara pemain paling berjaya dalam sejarah kelab itu.
Bek kiri itu memenangi 25 trofi bersama Los Blancos, termasuk lima gelaran Liga Juara-Juuara Eropah (UCL) dan enam gelaran LaLiga.
Secara keseluruhan, dia telah beraksi sebanyak 546 kali buat Madrid, sekali gus berada di tangga ketiga senarai penampilan terbanyak sepanjang zaman kelab itu sebelum beraksi selama lima bulan bersama Oympiacos dan kembali ke Fluminense pada 2023.
Marcelo juga mengumpulkan 58 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil dan menjaringkan enam gol peringkat antarabangsa.
"Ketika berusia 18 tahun, Real Madrid mengetuk pintu saya dan saya tiba di sini. Kini saya dengan berbangga boleh katakan yang saya Madrileno sejati," kata Marcelo menerusi satu kiriman video dalam saluran media sosialnya.
"16 musim, 25 gelaran, lima UCL, salah seorang kapten dan terlalu banyak malam ajaib di Santiago Bernabeu. Ia satu pengembaraan yang hebat!
"Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini tetapi masih terlalu banyak untuk saya curahkan buat bola sepak.
"Terima kasih atas segalanya," katanya.
Sebagai rekod, hanya ada dua pemain memenangi gelaran UCL lebih banyak berbanding Marcelo, iaitu dua bekas rakan sepasukannya, Dani Carvajal dan Luka Modric, dengan enam gelaran.